Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di
sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk
perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita
sahaja.
DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen
cadangan untuk kesihatan hati.
Jadi, apa kata kita terokai apakah perbezaan DTX Shaklee…
Shaklee DTX™ Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak
daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra,
ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.
Perbezaan DTX Complex Shaklee
- Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
- DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
- Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan
dalam membina semula.
Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot
atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan
alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki
organnya sendiri.
Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam
tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
- Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
- Hati mengawal metabolism protein
- Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
- Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
- Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
- Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
- Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk info
lanjut atau pesanan:
Pm di FB : Jue Azam
Pm di FB : Jue Azam
Shaklee
Independent Distributor (SID : 945753)
Email
: jueazam1101@gmail.com
Sms / Whatsapp : 019-621 1201
Sms / Whatsapp : 019-621 1201
No comments:
Post a Comment