Buasir / Hemoroid ada 2 jenis:
(1) Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
(2) Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Penyebab utama
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir Mengandung Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Pengurusan sendiri
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
Vitamin Shaklee Yang Disarankan untuk Buasir
Untuk info lanjut atau pesanan:
Pm di FB : Jue Azam
SID: 945753
Email : jueazam1101@gmail.com
Sms / Whatsapp : 019-621 1201
No comments:
Post a Comment