Tuesday 5 November 2013

Penyakit Anemia (Kurang Darah)

 





Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Mudahnya, anemia bermakna masalah kekurangan sel darah merah. Komponen darah boleh dibagi kepada 3, iaitu:

Sel Darah Merah: Meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara. 
Sel Darah Putih: berfungsi sebagai sistem pertahanan untuk mencegah kemasukan bahan asing ke dalam badan. 
 Platlet dan Plasma: berfungsi menghentikan pendarahan apabila luka.
~ Bagaimana untuk mengetahui anda mengalami masalah anemia ? Boleh cuba jelirkan lidah dan lihat dan bandingkan warnanya dengan keluarga lain. Adakah lebih merah atau pucat
~ Boleh juga cuba perhatikan bagian bawah mata dan tangan, Adakah ia pucat ? Jika anda mengalami sebahagian tanda di atas, anda mungkin mengalami masalah anemia.
Sekiranya anda sering letih walaupun tidur dengan baik atau anda kurang tenaga
 untuk aktiviti normal, ini bermakna anda mungkin mengalami anemia. Ini mungkin termasuk:
~ kulit dan tapak tangan pucat
~ jantung berdebar laju tanpa aktiviti berat
~ cepat letih
~ sesak nafas
~ sakit dada

~ kerap rasa pening
~ badan terasa keringat dan kebas


Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah.
BAGAIMANA ANEMIA BOLEH TERJADI?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
~ Badan kurang menghasilkan sel darah merah
~ Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar hilangnya sel darah terjadi lebih cepat daripada penghasilannya.

Anemia sangat berbahaya dan mempengaruhi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
++Kepada ibu :
~ Risiko Keguguran
~ Bersalin Awal
~ Kematian janin dalam kandungan
~ Tumpah darah semasa & selepas bersalin

++Kepada Janin :
~ Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
~ Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)
~ Lemas semasa lahir
~ Pertumbuhan bayi terlambat

CARA UNTUK MENCEGAH ANEMIA
Pada dasarnya, makanan harian seimbang dan cukup takaran sayur dan sumber protein. Ia penting kerana makanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh dari sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

TAPI AWAS! 
Daging merah dan organ dalam juga tidak boleh diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan kolesterol tinggi, kerana ia mengandung banyak vitamin B12 yang dapat menyebabkan keracunan hati.
Bagaimana kekurangan zat besi anemia dirawat?

  • Jika ujian anda menunjukkan bahawa anda mempunyai anemia kekurangan zat besi, doktor akan menetapkan zat besi tambahan. Dos akan bergantung kepada keterukan anemia anda, kemungkinan anggran di antara 60 hingga 120 mg.
  • Dalam usaha untuk menyerap seberapa banyak besi yang mungkin, adalah lebih baik untuk mengambil pil zat besi anda pada perut kosong. Boleh dimakan dengan minuman air atau jus oren (vitamin C membantu penyerapan), tetapi tidak dengan susu (kalsium mengganggu penyerapan). Kopi dan teh juga menghalang penyerapan.
  • Dalam masa seminggu atau lebih selepas memulakan rawatan, anda perlu menghasilkan banyak sel-sel darah merah yang baru dan tahap hemoglobin anda akan mula meningkat. Ia biasanya mengambil masa hanya beberapa bulan untuk anemia untuk menyelesaikan, tetapi penjaga anda mungkin akan menasihati anda untuk terus mengambil makanan tambahan besi untuk beberapa bulan supaya anda boleh menambah kedai besi anda.
ATASI ANEMIA DENGAN SHAKLEE

  ~ VITA-LEA IRON FORMULA :
Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting termasuk zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sehat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke sel.

  ~ ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.
~ B-Complex : Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan dan asid folik. Mengawal stress, migrain, lelaki dan wanita yga selalu letih lesu. Juga membantu pencernaan, meningkatkan stamina dan mengawal kolestrol.
~ Sustained Release Vita-C : Mengandungi 120mg bioflavanoid yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex. Anti Oksidan semulajadi selain mengekalkan integriti sel. Juga menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat.
KESIMPULAN
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat merasa letih. Makanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.


Untuk info lanjut atau pesanan:
Pm di FB : Jue Azam
Email : jueazam1101@gmail.com
Sms / Whatsapp : 019-621 1201







No comments:

Post a Comment