Monday 18 August 2014

Hubungan Kelamin Selepas Caesarean

Assalamualaikum semua...
Malam tadi.. belek2 paper lama.. terjumpa artikel ni. Rasanya amat berguna untuk ibu2 yang baru lepas melahir secara caesarean kan. Kawan2 saya cakap seriau juga nak bersama2 suami, sebab kadang2 ada sakit2 dekat bahagian caesarean tu. Mmm... saya tak de pengalaman ... ketiga2 anak saya lahir nornal.. Mari kita sama2 baca .. semoga artikel ni dapat la bagi info skit untuk ibu2 diluar sana ye..



"Menyentuh soalan tentang masa yang sesuai untuk mengadakan hubungan kelamin selepas bersalin secara pembedahan caesarean, sebaik-baiknya pastikan darah nifas telah kering dan mandi hadas besar telah dilakukan. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman bersalin secara pembedahan, sebenarnya bersalin secara pemdedahan sama seperti bersalin normal iaitu akan ada darah nifas selepas bersalin.
Sewajar dengan hukum Islam, seseorang wanita hendaklah mandi hadas besar apabila darah nifas telah kering sebelum melakukan hubungan kelamin. Luka caesarean biasanya akan sembuh satu bulan selepas bersalin caesarean. Jadi, sebaik-baiknya lakukan hubungan kelamin selepas dua bulan.
Berhubung pertanyaan sama ada hubungan kelamin selepas bersalin caesarean akan sama seperti sebelum mengandung, ia bergantung kepada faktor-faktor seperti perubahan hormon. Biasanya, bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi sedikit masalah disebabkan pengeluaran cecair (pelincir) di faraj yang berkurangan kerana badan lebih fokus kepada pengeluaran hormon prolaktin untuk susu ibu. Keletihan menguruskan bayi kecil kadang-kadang meletihkan terutama bagi bayi yang asyik meragam di waktu malam menyebabkan ada ibu-ibu yang tidak cukup tidur. Jadi, sudah tentu hubungan kelamin anda mungkin kurang sama seperti sebelum anda mengandung.
Selain itu, pasti ada yang merasa was-was dan takut luka caesarean akan terbuka atau terasa sakit. Jika luka caesarean telah lebih daripada dua bulan, biasanya tiada masalah. Tetapi jika memang terasa sakit sewaktu hubungan kelamin, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut."
Nak cuba set bersalin Shaklee untuk cepat sembuh kan luka caesarean?? 
Klik kat sini. Macam2 ada...

 
Untuk info lanjut atau pesanan:
Pm di FB : Jue Azam

SID: 945753
Sms | Whatsapp : 019-621 1201

COD: Bangi, Bangi Lama, Jenderam Hilir, Kajang, Putrajaya, Desa Saujana, UKM




No comments:

Post a Comment