Masalah
rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh.
Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan
banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu
kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.
Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi
semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya
berlaku selepas melahirkan si kecil?
9 Perkara Perlu Momies Tahu
1)
Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita.
Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2) Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3) Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik
kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal
sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4) Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5) Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda
menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu.
Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai
sehari.
6) Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen
melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada
dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel
rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan
gugur ketika mandi atau bersikat.
8) Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti
sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan
selepas bersalin.
9) Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Apa Momies perlu lakukan?
Momies tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
Penggunaan
wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat
bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut
Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
Gandum
Makan
gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi
boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan
kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan
biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh
meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh
mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
Tauge
Sayuran
ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut
yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap
vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan
rambut kuat dan sihat.
Sayuran Hijau
Bayam
dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan
untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi
untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
Buah-buahan Segar
Tembikai,
pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti
khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
Makanan Laut
Kandungan
zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu
mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu
sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk
pertumbuhan rambut.
Salmon
Merupakan
sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi
yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan
kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.
Air Masak
Minum
sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu
memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan
sihat.
Sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749
Agar sukar untuk
kita dapatkan 100% zat makanan diatas kan....
Oleh itu cara yang terbaik
adalah dengan mengamalkan supplement Shaklee.. Saya cadangkan sapa-sapa
yang ada masalah keguguran rambut ni untuk ambil ESP (Protein), BComplex
(Vitamin B), Vitalea (Multivitamin), Zinc (menguatkan akar rambut)
ESP - Sumber protein
- Kekurangan
protein dalam badan juga punca rambut tidak sihat, gugur dan
rapuh..sebab rambut adalah daripada protein..jadi jika protein dalam
badan kurang masalah2 seperti rambut gugur ni la akan muncul..lebih
banyak aktiviti fizikal lebih banyak protein diperlukan. Mereka seperti
ibu hamil, mereka yang terdedah kepada radiasi dan mereka yang
kekurangan protein juga mengalami antibodi yang tidak kuat..oleh itu
pastikan anda mendapatkan protein yang cukup untuk keperluan harian.
Zinc Complex
- Zink adalah berkait
dengan keguguran rambut kerana kekurangan zink boleh meyebabkan rambut
dan akar rambut menjadi lemah. Zink yang cukup dapat membantu
mempercepatkan pembentukan sel, pembinaan tisu dan pembaikan semula tisu
yang rosak. zinc penting untuk pengeluaran minyak dikelenjar yang
melekat pada follicle rambut. Zink yang cukup..rambut pun kuat.
Vitalea - Multivitamin
- Rambut yang sihat memerlukan Vitamin A, B, C dan E. jadinya Multivitamin sangat membantu untuk keperluan multivitamin tersebut.
Bcomplex
- Pengambilan
Bcomplex memastikan pengumpulan kolesterol pada kulit kepala dapat
dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan
pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala daripada radikal
bebas yang merosakkan rambut. Menyihatkan rambut supaya tidak rapuh
serta bersinar.
Apa
lagi tunggu.. Sebelum botak baik cegah kan.. tak rugi pun ambil set ni
sebab.. Seperti yang kita sedia maklum ESP ada banyak khasiat untuk kulit
dan kesihatan. Boleh baca lebih lanjut nanti ye. walau apa pun ada juga
produk untuk penjagaan luaran.. apa dia?? mmm... tunggu!!! next
update...
Untuk info lanjut atau pesanan:
Pm di FB : Jue Azam
SID: 945753
Email : jueazam1101@gmail.com
Sms | Whatsapp : 019-621 1201